Salam kemerdekaan ke 56 Malaysiaku! Lama nya tak update blog. Masa yang ada sebenarnya baik tonton running man. ehe. Tapi sayang pulak dengan blog ni, jadi buat la entry pergi melaka.
 |
| Seperkara yang saya suka betul, lukisan mural dekat bangunan lama di Melaka. Cantik! |
|
|
 |
| Ada banyak lagi yang cantik di sepanjang sungai melaka, kalau naik melaka river cruise siang hari lagi jelas. |
|
Hmm. Kami plan nak ke Melaka kira awal-awal sem ni lagi. Sebab pada kami once kami dah habis diploma insyaAllah hujung tahun ni, susah dah nak pergi satu tempat sama-sama. Kot-kot ada yang nak kawen. wakaka. Jadi, kami korbankan 2 hari 1 malam cuti pertengahan semester ke Melaka. Asalnya nak pergi 3 hari 2 malam, tapi memandangkan bajet tak banyak, jadi kami pendekkan. Bajet makan, tiket bas pergi balik, tiket ktm, penginapan, tiket-tiket tempat di melaka adalah dalam RM200.
Kami bertolak ke Melaka pada 31 Ogos 2013, hihihi, hari sabtu. (Sebelum memulakan hari perjalanan kami singgah breakfast nasi lemak dulu sambil tengok siaran langsung sambutan kemerdekaan. poyo :D) Dahtu, kami naik bas transnasional RM13.80 sorang (sebenarnya boleh dapat diskaun dengan kad siswa, tapi lupa lupa pakai).
Bas bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan(TBS) pukul 9 pagi, pukul 11 dah selamat sampai di Melaka Sentral. Sampai-sampai di situ kami beli tiket balik semula TBS keesokan hari. Boleh tahan banyak dah tiket certain masa yang sold out. Kami ambik bas Mayang Sari 1 September 2013, pukul 4.30 petang. Harga tiket RM11.
Dari Melaka Sentral, kami naik bas Panorama Melaka nombor 17 untuk ke Bandar Hilir. Tiket bas RM1.30. Turun di Mahkota Parade dan bejalan kaki ke sekitar Plaza Mahkota mencari hotel Seri Pelangi. Tadahhhh
 |
| Tadah. Kami pilih hotel ni, sebab krew TV Al-Hijrah pernah stay di sini. hihihi. RM170 semalam untuk double queen bed :) sangat okey. lokasi hotel ni dekat jalan plaza mahkota 3, meme tak jauh dari taming sari. thanks mak faz and faz tolong mekrang book. |
|
Lepas makan lunch, check in hotel, kemas dan siapkan diri, kami mula jenjalan pukul 2.30 petang. Pergi A Famosa, Bangunan Merah, Clock Tower, singgah makan cendol dekat gerai cendol depan Bangunan Merah, dan naik Taming Sari ^^ Dari satu tempat ke satu tempat, ada la singgah-singgah sebab nak bergambar :)
 |
| Hari pertama ke A Famosa, kami guna laluan ni. Tak jauh dari muzium rakyat. |
|
 |
| sepanjang perjalanan dari A Famosa ke Bangunan Merah, banyak muzium. tapi kami x berminat nak masuk. |
 |
| singgah sini tengok meriam. |
 |
| si Joan :) |
 |
| Dah sampai. Weekend memang ramai orang. Tambah-tambah lagi public holiday. |
|
|
 |
| bunga-bungaan yang menarik mata saya <3 |
 |
| tu dia clock tower. |
 |
| antara bangunan-bangunan yang berwarna merah. |
|
|
|
|
|
|
|
 |
| kincir angin.... |
Berdepan dengan bangunan-bangunan merah ni, ada Gerai Cendol Jam Besar. Beroperasi dari 10 pagi hingga 6 petang. Cendol yang paling laku adalah Cendol Pulut, RM2.00. Masa kami datang dekat sini agak lewat jugak, jadi cendol pulut masa tu dah habis huhu. Jadi kami order cendol yang lain.
Saya : Cendol Jagung RM1.70
Faz & Joan : Cendol Durian RM3.00
Mamal : Cendol Ais Krim RM3.00
Mek & Mira : Cendol Mix (Red bean, Sweet corn, Red Jelly, Black Jelly) RM2.00
 |
| stall cendol. |
 |
| si Mamal :) |
Sebab hari sabtu tak sempat nak rasa cendol pulut, kami datang semula pagi ahad. hm. nak kata sedap tak jugak, Cendol Durian lagi sedap. perghh !
Habis makan cendol, kira nya nak cari Medan Samudera. Mungkin ada kebaya murah dekat situ, nak borong t-shirt melaka or key chain pun boleh. Dalam tak sedar kami sesat rupanya. Padahal medan samudera tu uols, blakang taming sari je. huhu. Masa tu hari dah nak gelap, macam tak selamat pulak ho. Jadi kami batalkan hasrat mencari, dan patah balik. Nasib tak teruskan perjalanan. ehehe. tapi okey jugak la sesat-sesat ni, sebab jauh perjalanan, luas pemandangan ^^
 |
| sampai ke little india melaka tau... |
 |
kami jumpa banyak burung-burung ^^
|
 |
| we ols love u, Melaka <3 |
|
|
|
 |
| dah dah ayuh cari jalan balik... |
 |
| ehh.. cantik pulak lorong ni. huarghhhh | | |
|
 |
| Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka... |
|
|
 |
| dah nak sampai di kaunter river cruise |
 |
| hotel kat blakang tu RM500++ semalam. faz bagitau :D |
 |
| Kaunter melaka river cruise ^^ |
Saya kurang pasti nama laluan sepanjang sungai melaka. Mungkin waterfront melaka kot. Kami balik dari kesesatan guna laluan tu. ehek. Kami bejalan di sepanjangnya sampai lah jumpa kaunter melaka river cruise. Jalan lagi sikit jumpa replika kapal besar. Berdepan dengan kapal itu la letaknya medan samudera yang dicari.
Masa tu hujan turun renyai-renyai. Agak dilemma sikit nak naik cruise atau taming sari dulu. Tapi sebelum buat keputusan kami pergi kaunter cruise dulu. Untuk pemegang mykad, RM10 untuk dewasa. Masa tu dah nak beli tiket tapi tak nak naik dulu, sebab belom betol-betol gelap, takut pemandangan tak brapa nak cantik. wakakaka. Walau bagaimanapun, akak kaunter tak galakkan sebab kalau hujan turun lebat, cruise tak boleh jalan, satu hal pulak customer nak claim duit nanti.
 |
| ni la cruise tu. mula dari taman tema ke taman rempah patah balik ke taman tema. |
Masa tu, kami sangat sangat berharap hujan tak turun lebat malam tu. Kalau lebat, tak dapat la naik cruise. Then kami terus ke menara taming sari. Agak ramai jugak orang yang beratur nak naik. Pakej kami ambik RM15 sorang, supper ride. Diorang bagi air kotak dengan muffin. Sangat kiut la pakej tu...masa turn kami, hari macam baru-baru nak gelap. Adui, memang menerujakan. Cantiknya melaka masa tu. Puas hati !! :)
 |
| cantik kan melaka :) |
|
|
|
 |
| Gayat sikit tapi dia slow. sokay la ^^ |
 |
| wow !! ada pandalela. hahaha. percaya ? |
 |
si Mira & si Faz :)
|
Dah tu, kami balik hotel. Hujan dah makin lebat tau masa tu.. uuuuuu. Dalam waktu nak balik tu, tiba-tiba bas london depan mata tengah menurunkan penumpang. Geram la nak naik. ehe. Cepat-cepat tanya penumpang yang tengah turun, brapa harga naik bas tu. Katanya RM5 sorang. Sokay kan harga tu. kami dah nak naik ni, tapi driver bas tu cakap, hujan ni tak jalan dah. Esok ada lagi dik. Macam mana nak naik esok. Bas tu mula jalan jam 5 petang :( sedeh sedeh sedeh. Tak bekesempatan lagi naik. Bas ni bawak penumpang pusing bandar melaka la kot, ambik dan turunkan penumpang depan taming sari.
Jadi kami balik ke hotel dengan perasaan sedeh. Esok tu bas balik kami 4.30 petang la, mana dapat nak naik bas london. uuuu
 |
| si Mek :) |
|
|
|
 |
| ha. tu na bas london. yang warna merah tu.. |
|
Lepas rehat sekejap, kami jalan lagi. fuh. Dah tak hujan. Yeayy. Mari naik river cruise. Panjang barisan nak naik cruise. Mari menipu. 3 orang baris beli tiket, lagi 3 orang baris naik cruise. Jimat sikit masa. ehehe.
 |
| euforia yang terkinja-kinja masa ni :) haha |
Bersambung.................
 |
| wow. |