As-salam ^,^
 |
| Sapa nak ikut jungle trekking ? Sila angkat kening :) |
Memandangkan pay day bulan ni dah sampai, jadi kami sesahabat pegi la menghabiskan duit-duit elaun. eh. haha. Pada mulanya, kami nak pegi hantar duit kepada Sinar Serapi. tp, lokasi penghantaran bertukar kepada Bako National Park. Bako National Park ni terletak dekat. dekat. jap, google duluan. okey, bako np ni terletak dkt jalan Tun Abg Haji Openg, kira tambah tolak darab bahagi, lebih kurang 40km dari bandar Kuching. Dah 20 tahun berlalu, aku membesar di bandar Kuching, tp ini kali pertama ku jejak Bako NP. Apatah lagi Serikin.
 |
| Welcome ! Joan, mira, kak fatimah, kak azila, kak zaf, faz, aku & mamal |
Kaunter dia bukak jam 9 pagi. xkisahla org dtg jam brapa pun, mmg dia bukak jam 9 jak. masa masuk lobi boat terminal ni, kena la bayar entrance fee dulu. jadi, kami pun ambik purse masing-masing & keluarkan student card. tp aku & joan xbwk, so pinjam student card uitm faz & mira. okey, ready nak bayar ! tiba-tiba cashier tu cakap, yg berumur 18 tahun kebawah jak ada diskaun kalu bawak student card punnnn. ai. ai. ai. hee. la yeke ? kami tahun 1992 la.. haha. jadi entrance fee RM10 Sekepala :)
Gambar di atas ni di sebelah kanan kaunter bayar entrance fee td, lagi sblh kanan ada kaunter boat services. nak kena bayarrrrr lagi. ada 8 orang suma, jadi guna 2 bot. lebih afdal 4 org satu bot. total suma RM188. bahagi lapang, RM23.50 sekepala. xda jalan lain selain bot, nak xnak kena la bayar. kalu nak berenang boleh je. HAHA. Lepas bayar, ku tersenyum la memandang sekeliling. excited ni nk nek bot. Ku lemparkan pandangan ke jeti. PAP. PAP. PAP.
 |
ini jeti dia. hey, untuk dia, hey. hehe. ada signboard hijau yg tertulis. rujuk di bawah
|
 |
AWAS. DANGER. BERHATI-HATI ADA BUAYA
|
Nahhh. rasa nak balik aku tauk. gr. mmg ada buaya ka? ya ! ada. ramai tau. & ganas. haha. oke. ada tu ada tp xtau la ganaih ka x. area lobi tu jugak ada la diorg letak tengkorak kepala buaya. buaya tu dulu dia pegi makan budak umo 12 tahun. tp, aku xpunya kekuatan nak pegang. mamal sahaja yg berani. tadaaa !
 |
the bujang senang. yg warna putih tu
|
Npk x pokcik baju kelabu di atas ? dia brief la sikit selok belok bako np ni. dia ckp bot yg kami bayar td tu RM23.50 sekepala pergi & balik. tp harga dia x fix tau, nnti musim hujan lagi mahal. bot yg kami naek nnti akan hantar kami p Teluk Assam. Dekat Teluk Assam, ada Park HQ. Dapatkan map jungle trekking dkt sana & register dalam Guest Movement Book :) Biasanya org p sini nak berjungle trekking la, kalo nasib baik jumpa la haiwan-haiwan sekalian. Ada lagi satu tarikan dkt sini adalah Sea Stack. Sea Stack ni terletak dekat Teluk Pandan. Dari main boat terminal ke Teluk Assam ambik masa 20 minit, dari Teluk Assam ke Teluk Pandan pula 7 minit. Tp, kalau nak nek bot ke Teluk Pandan kena tambah RM14 sekepala pergi & balik. Berbaloi kah itu ?
 |
| Gaya Retis |
 |
| Bot 15 |
 |
| Sila Ekspresikan Ketakutan Kalian. KBYE |
 |
Nampak gembira x ? mmg gembira. bes nek bot. pakai lifejacket pla tu. tp dlm hati ni, ketakutan tu mmg Tuhan je yg tau. Kami berada atas sg yg ada buaya kot. xmungkin xseram
Ala. xlarat dah nak taip. Nex time ja taip tentang jungle trekking & sea stack. Goodnight :)
|
No comments:
Post a Comment